Friday, February 27, 2009

Memang Rochang semakin into keagamaan sekarang.

"Jon.Gua berhajat menganjurkan satu majlis sempena sambutan Maulidur Rasul nanti.Gua nak lu ajak kawan-kawan kita bagi memeriahkan majlis."Rochang Noor memberitahu gua.

"Serius ke Roch?Tapi Roch,lu pun tau kan yang majlis-majlis yang agak keagamaan ni kurang sikit mendapat respon yang baik dari kawan-kawan kita Roch.."gua mencari alasan supaya Rochang kensel.

"Haa..Itu lu jangan risau Jon.Gua dah memikirkan satu cara untuk menarik minat kawan-kawan kita.Kita buat acara keagamaan sambil berekreasi."terang Rochang.

"Err..maksud lu Roch?gua kurang paham."gua kebingungan.

"Slowla lu ni Jonn..Kita buat la solat jemaah.tahlil ke doa selamat ke,lepas tu adala makan-makan.berbeku-berbeku.Kita selitkan sekali tazkirah ke ceramah ke..kemudian adala sikit sukaneka.Sambil beribadat kita berekreasi.Amacam?"Rochang lebih bersemangat.

"Sukaneka?Mana pulak nak sukaneka ni Roch oi.."tanya gua lagi.

"Begini Jon.Gua rancang nak buat majlis tu kat tepi pantai ke air terjun ke..tempat-tempat open la.Gua dah survey.Kat Kuantan ngam.."
"Gua yakin ini dapat menarik minat kawan-kawan kita."cadang Rochang.

"Ok Roch.Menarik juga tu.Gua try nanti ejas ajak kawan-kawan kita."gua memberi harapan kepada Rochang.

Serius ni Rochang ajak.Tak tipu.Tanya la Rochang Noor sendiri.

Ok.kepada sesiapa yang berminat nak join boleh kontek Rochang.
Kalau ada yang nak volunteer nak bertazkirah ke ceramah ke lagi cantik.Posisi Imam Rochang dah cop awal-awal.

Kontek Rochang Noor:019-7144574

Supportla niat baik Rochang..

Thursday, February 26, 2009

Rochang Sudah Insaf

Ini Rochang Noor ketika selesai menunaikan solat fardu dan mengaji Al-Quran. Beliau kini tiap-tiap malam dressing macam ni. Memang kat rumah gua, suara merdunya akan berkumandang mengaji Al-Quran selepas waktu Maghrib. Kami berasa sungguh terharu. Ada juga sekali sekala gua libas Anep Skoin dengan talipinggang suruh mengaji sekali. Degil. Tau nak tengok TV je kerja.

Rochang Noor dah pakai spek mata jernih. Tak ubah macam Jeruk. Oh ya. Dia juga sudah mempunyai calon mertua pilihannya sendiri. Tak lama lagi menikahlah.

Wednesday, February 25, 2009

Roy


3:25 petang.Roy yang sudah disahkan diijab kabulkan dengan wanita pilihan hati,bergambar bersama beberapa rakan.Semua kelihatan tersenyum kecuali Brader Database dan Pejo.Brader Database sebenarnya senyum cuma senyumannya terselindung di balik rimbunan misainya.Gua hairan kenapa Pejo tidak senyum..


10:00 malam.Baru gua faham kenapa Pejo kurang gembira.Dia sebenarnya berat hati melepaskan Roy menjalani kehidupan baru.Itu kita boleh nampak betapa kemas Pejo menggenggam tangan Roy.
'Aiseh..Pejo ni bila mau balik ni..aku ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan ni..' bisik suara hati Roy yang tidak sabar memulakan tugasan rasmi pertama selaku suami mithali.

Tuesday, February 24, 2009

Cukup-cukupla Alif Umair..

Suasana ketika ini agak tegang.Bozo cuba memegang tampuk pemerintahan sebagai ketua untuk penggal ke-10 berturut-turut.Beliau disokong kuat Rochang Noor yang sentiasa berada disisi Bozo.(Rochang sebenarnya mengidam jawatan timbalan ketua yang dipegang Lokman Hakim)Bagaimana pun,terdapat tentangan daripada team B yang disertai Zamni Ani,Pejo,Iwe,Epy dan Alif Firhan.Team B mahu kan perubahan kepimpinan.Mereka sepakat mencalonkan Zamni sebagai ketua dan Pejo sebagai timbalan.Gua pun tak tau apa keputusan pemilihan kali ini..

Sunday, February 22, 2009

Jeruk

Tak ramai yang memiliki daya intelek tahap tertinggi macam ni.

Saturday, February 21, 2009

Brader Database Bersama Keluarga

Kalau mahu menikah. Tak payah pening-pening kepala cari alamat mahu hantar kad nikah. Sila hubungi brader database. Dijamin sampai. Kecuali untuk orang tak ada rumah macam Anep Scoin.

Jawe

Melihat wajahnya, gua faham, Jawe seronok bekerja di Sarawak. Ganas gila. Main line line estet.

Friday, February 20, 2009

Nik Iskandar Sekarang Sudah Bos Bos Punya Orang

Walaupun kelihatan seperti penjual sayur kontemporari, beliau sekarang cenderung bermain golf. Lu cuba tanya sendiri.

Thursday, February 19, 2009

Bakal Kahwin

Gua syak mamat ni kahwin 28 Februari ini di Dewan SIRIM Shah Alam. Gua ada dapat kad jemputan.


Askar yang muka madu gila ni gua dapat info dia kahwin 7 Mac di Kota Bahru dan 14 Mac di Kem Wardieburn Kuala Lumpur. Kalau lu tak pass gua sepersalinan lengkap askar, gua tak pergi.


Ada lagi satu mamat kahwin 15 Mac di Kulim dan 31 Mei di Pasir Mas. Gambar gua tak dapat jejak. Nama dia Shuhaimi. Dia biasa incharge tiket bas zaman muda muda dulu.

Tuesday, February 17, 2009

Due

Lu orang bila lagi?

Tapi brader, kahwin kahwin juga. Main bola lu jangan lupa.

Monday, February 16, 2009

Pejo dan Rochang Noor

"Gym kat kondo aku duduk tu kira dah macam rumah kedua aku. Apa-apahal cari je aku kat situ.." kata Pejo dengan sasa.

Rochang Noor cemburu. Perutnya memang naik gila.

Anep Scoin

Anep Scoin adalah lelaki yang berbaju belang. Dia kelihatan sungguh bergaya. Dia kini menjawat jawatan sebagai menonton TV dan membuat kerja-kerja membaikpulih kenderaan secara 'indie'. Jika anda ada sebarang masalah kenderaan bolehlah menghubungi beliau.

Oh ya. Di sebelah kanannya adalah salah seorang anak murid yang berguru ilmu duniawi daripadanya, Ronaldo.