Friday, April 24, 2009

Ilmu pelita hidup.Macam-macam ilmu boleh dapat kalau lepak minum di Pelita Nasi Kandar walaupun tak makan nasi kandar.


Orang-orang Kuala Lumpur ini je kerja mereka.Lepak minum tak habis-habis.Tak menjana langsung!Tapi syok juga minum-minum sambil mendengar himpunan cerita-cerita Tamar Jalis oleh Anep Scoin.Bila nak buka kedai bercerita ni Anep?

Thursday, April 23, 2009

Entah bila entah.


Lelaki kalau pandang ini gambar mesti tengok makwe-makwe tu kan..Cantik kan mereka..

Tapi perempuan kalau tengok ini gambar apa yang diteliti mereka ya..?pemandangan?makanan?pasir?

Seronok sungguh Ahmad Shah.

Wah!Bahagia sungguh kehidupannya.(2)

Contohi mereka berdua.(2)

Ini kalau Kurin suap setangkai anggur ke mulut Ezaiddin ni lagi nampak romantis..Baru macam Ahmad Albab.

Anda berdua hari-hari kat rumah macam ini ke?

Wednesday, April 22, 2009

You are my best friend!


Contohi mereka berdua.Berkawan dari zaman sekolah membawa ke alam dewasa.Persahabatan mereka tetap utuh.Akrab.Biarpun masing-masing semakin sibuk dengan kerjaya,ikatan persahabatan yang terjalin tetap dipelihara.

Tapi jangan pula terbawa-bawa sehingga ke atas katil.Lainlah kalau berlainan jantina.

Tapi siapa yang ambik gambar ini?Ada pihak ketiga?Ambik sendiri pakai timer?

Thursday, April 16, 2009

Jeruk Vs Jeruk

Hayati gambar dibawah.Aku rembat dari blog ZuhdiJohan.Pelajar Semsas 2004-2008.(maaf ya aku curi)

Dari kiri Hafizuddeen, si Ruzaini(jeruk) dan aku(pemilik blog ZuhdiJohan)

Aku bukan kenal siapa-siapa pun diatas.Tapi aku tertarik dengan nama kurungan budak di tengah.

Gambar dibawah ini pula sebagai perbandingan...

Di kiri ialah Mohd Juzaimee(Jeruk asli).Dikanan pula Ruzaini(warisan Jeruk asli)

Orang cakap harimau mati meninggalkan belang,Jeruk keluar Semsas meninggalkan spesisnya sendiri.

Saturday, April 11, 2009

Kami sudah dewasa.


Mereka berdua berkongsi tarikh lahir yang sama.11 April 1983.Itu sahaja persamaan yang ada.Hairan.Persamaan yang lain langsung tidak nampak.Personaliti mereka juga sangat berbeza.Memang terserlah yang jejaka di sebelah kiri nampak smart,manakala jejaka sebelah kanan agak bersepah penampilannya.

Apa-apa pun selamat menyambut hari lahir untuk anda berdua.Parti bujang tak buat ke?

Wah!Bahagia sungguh kehidupannya.


"sape kate pas kawin xle bparty? idop mesti enjoy.. hahaha.. luv u so much syg!!! muahxx.."

Diambil dari friendster Jeruk

Jeruk berusaha menjadi ketua keluarga yang cool.Ada sesiapa ingin menjadi anak angkat Jeruk?

Thursday, April 9, 2009

Lelaki Metroseksual Dari Kampung Tandak.

Dulu tarak ingat. Rambut karat, subang dua, tangan penuh aksesori dan seluar londeh. Sekarang sudah pandai bergaya selari dengan perkembangan zaman dan umur. Tetapi masih menggunakan Machang/Mache sebagai nama 'primary'. Namun rasanya dia lebih cenderung dipanggil Rochang.

Tuesday, April 7, 2009

Try pakai Gillette Mach3 Turbo macam Thierry Henry,Tiger Woods dan Roger Federer.


Sekali pandang macam penebar roti canai yang titis peluhnya bersepai-sepai dalam filem Senario Roti Canai.Tapi bukan.Ini Azhar Seman.

Mana kau sekarang Azhar?Lama tak nampak.

Sunday, April 5, 2009

Borak pegawai askar yang berdisiplin tinggi dengan pegawai bank berdisiplin rendah.

Krisis identiti


Harap muka je macam askar!!Buat-buat ayu pulak tu berposing ambik gambar sambil pegang bunga.Cis!!

Thursday, April 2, 2009

Halim Kadir bukan Halim Napi walaupun dua-dua orang Kelantan


Ini Halim Kadir dalam uniform askar laut gurkha(macam uniform pengakap daa).Dia baru saja selesai menjalani kursus ketenteraan laut gurkha.Dilaporkan akan dihantar belayar ke Somalia bila-bila masa saja.

Harapan Halim Kadir cuma satu,masa dia mula belayar nanti di pelabuhan akan ada makwe yang melambai-lambaikan selendang merestui pelayarannya.

Entah bila ntah.


Gambar ditepi pantai.Semasa gambar ditangkap,Napi baru sahaja memperbaiki rekod peribadi bagi acara lompat jauhnya.Pantang nampak pasir.Nak melompat aje kerja.Dengar cerita sekarang Napi cuba memperbaharui rekod bagi acara lompat pokok mempelam pula.