Monday, May 25, 2009

Aktiviti Hari Ahad

lepas shopping kat Giant, kitorang layan Daytona sepam dua.

Sunday, May 24, 2009

Kama Bistari.

Rakaman perbualan telefon aku dan Kama.

Aku :Hoi Kama!Bila balik dari United States?

Kama:Siapa ini?Salam takda apa takda..Takda vudi vahasakah?

Aku :Oh.Maaf.Assalamualaikum.Ni gua Jon ni Kama..

Kama:Laa..Jon.Ana sudah satu tahun levih balik dari sana.Bukankah nama ente Zulkifli.Nama nabi.Kenapa pakai nama orang futih?

Aku :Err..err..Habis tu lu apa bikin sekarang?

Kama:Ana sekarang tengah masterlah..

Aku :Hah!!Mastur??

Kama:Vodoh..Masterlah..Sambung Master.Di Universiti Malaya.Itu mastur Halim saja yang buat..MasyaAllah..

Aku :Oh..itu macam ka..Kenapa percakapan lu bunyi arab je Kama?

Kama:Oh..Ana sekarang sudah transformasi.Nanti ana MMS gambar terkini ana.

Aku :Kejap..kejap.Gua nak kasi on gua punya bluetooth.

Kama:Vodoh!!MMS tak pakai vluetooth lah vodoh.Fatutlah sekolah dulu vengap..

Aku :Oh.ye ke..Eh.dah sampai dah ni MMS gambar lu.


Aku :Wah!Macam Yaser Arafat lah lu Kama.

Kama:Terima kasih.Itulah.Lepas valik dari U.S,ana ada fergi Falestin sana sekejap..Ana ada velajar ugama sikit-sikit..Ana jadi insof melihat keadaan disana.Ana tekad mahu verubah.Ana mahu masuk syurga..

Aku :Bagus tu Kama.Alhamdulillah..

Kama:Vagus vagus juga Jon..Ente itu solat sudah cukup sifatkah?

Aku :Er..gua tengah mencuba cukupkan sifatnya.Gua pun mahu masuk syurga.

Kama:Vagus..Kalau ente mahu velajar mengaji boleh datang jumpa ana.Ana ada buat kelas mengaji lepas solat Isya' dirumah ana.Free of charge.

Aku :Jauh tu Kama nak belajar ngaji dengan lu.Nanti gua suruh orang Kuala Lumpur macam Saro,Anep,Bozo,Macho dan lain-lain pergi belajar mengaji dengan lu.Dia orang tu gua tahu lama dah tak sentuh Al-Quran.Macam mana nak sentuh,wuduk pun takde..

Kama:Vernas cadangan ente tu Jon..Mereka tu nampaknya sudah menyimpang jauh tu.Ana mahu tarbiah mereka semua.

Aku :Oklah Kama.Gua nak kena pergi ke kedai membeli gula ni..Lain kali sambung borak.Assalamualaikum.

Kama:Waalaikumussalam..

Wednesday, May 20, 2009

Antara Pembeli Kacip di Kota Bharu

Baru-baru ini gua ke Kota Bharu. Gua sempat minum-minum sama brader ni. Sedang berborak, Halim beritahu gua, dia dah ada makwe dari Beijing. Gua buat-buat dengar pasal nak jaga hati. Semoga dia dan makwe Beijing tu ke jinjang pelamin.

Jersi kenduri.(bukan syak lagi dah Macho..)

Kenduri kahwin Nik Iskandar


Kenduri kahwin Haidar


Kenduri kahwin Roy


Kenduri kahwin Due


Kenduri kahwin Ezaidin dan Syakirin


Kenduri kahwin Alif Firhan
  • Gambar-gambar diatas semua ada persamaan sedikit sebanyak.
  • Kalau kau hebat cuba cari siapa yang pakai jersi kenduri yang sama setiap kali pergi kenduri kahwin
  • .Kalau betul,aku belanja makan cendol..
  1. Fadzadi memang champion.Daripada 3 gambar kenduri yang ada dia,3 kali juga pakai baju sama.Baju faveret kot..Tapi ok juga.Kalau tak pakai baju biru tu mungkin orang tak perasan kehadiran dia.
  2. Saro naib champion.Dia ada 2 set jersi kenduri.Pakai gilir-gilir untuk 4 kenduri yang dia pergi.Apasal kenduri Nik dengan Haidar lu dengan Pejo setting baju yang sama Saro?Memang soulmate.
  3. Pejo tempat ketiga.Fesyen Pejo memang mendahului zaman.Trend baju polo lambang besar belum menjadi kegilaan,dia dah pakai dulu dah..
  4. Bozo aku tak tau nak cakap apa.Setiap kali nampak dia kat kenduri kahwin memang kemeja jalur-jalur tu aja yang dia pakai.Cuma aku tak cukup bukti bergambar je.Lu ingat baju tu lu paling nampak hensem ke hah??


Monday, May 18, 2009

The Guru.

Sempena Hari Guru,aku bubuh dua gambar guru.Ini gambar terkini.


Ini Cikgu Afifie.Dulu mengajar pendidikan seni.Pernah juga jadi warden asrama.Dia jarang-jarang garang.Bila dia garang jangan buat pasal.Dia punya penangan rotan dia aku rasa paling lagenda.Best of the best.Itu Cikgu Asmui sama Cikgu Jasmani punya rotan pun celah gigi je.Boleh lagi buat muka senyum lepas kena rotan.Cikgu bola perut gendut lagilah..Sambil kena rotan kau makan keropok lekor pun tak de mende.





Ya.Ini memang gambar Fahqrol Mustaqim aku rembat dari Facebook.Dia sekarang doktor bukan cikgu.Melihat Fahqrol Mustaqim mengembalikan nostalgia bersama guru matapelajaran Sejarah serta warden asrama yang suka benar tumbuk bahu.Bukan sakit mana pun..Dermalah sikit Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Dollah.Yang sudah tu sudahlah..haha.


Nota tambahan:Bozo selaku ketua pelajar mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru Semsas dulu.Tidak lupa juga untuk anda-anda yang dah jadi cikgu mahupun tenaga pengajar sekarang ini.

Saturday, May 16, 2009

Memperkenalkan...


  • Inilah dia rupa paras tunang Roch/Rochang/Machang/Mache/Mat Iru/Mohd Khairul Idham/Boboi.Banyak betul nama samaran.
  • Tak silap aku tunang Roch ni namanya Ita.Cun gua cakap lu..
  • Kalau nampak Roch bersiar-siar dengan makwe lain,itu bukan tunang.Itu kau kasi tendang je kat Roch.
Nota tambahan: Baru-baru ni aku ter'ejas' makwe yang rupa-rupanya tunang orang.Tapi bukan tunang Roch la..Tunang makwe tu belasah aku sampai lunyai.Paru-paru aku retak,jantung terkoyak serta mengalami pendarahan dalaman(aku terpaksa bertukar kepada jantung mekanikal)usus besar tersumbat,usus kecil tersimpul mati.Tapi mujur,hati aku cuma terluka sahaja.Aku dah keluar hospital.

Friday, May 15, 2009

Alif Firhan punya perkahwinan


  • Pengantin memanglah tersenyum saja.Katil pun dah sembur WD40 kat celah-celah yang sepatutnya.Penyenyap bunyi pun dah pasang..Tunggu matahari terbenam aja.
  • Dalam gambar hanya Hardi seorang yang tiada pasangan.Fadzil couple dengan Fairuz.(Tak percaya cuba tengok tangan kiri Fadzil kat mana)
  • Hardi menyemak aja kat depan.Belakang Hardi ada Omar.Selesai sesi bergambar,Omar pijak-pijak cermin mata Hardi.
  • Manja kan Due dan isteri.."Baru kahwin memang macam tu"Jeruk bersuara.
  • Jeruk dan Fadzadi.Depan kamera berlakon jadi bapa mithali,belakang lensa anak main tarik-tarik langsir pelamin pun mereka buat tak tahu aja.
  • Lokman Hakim adalah jurufoto bertanggungjawab.Dia tiada dalam gambar."Banyak juga cahaya diperlukan untuk gambar ini"dengus Lokman sambil menjeling kearah Fairuz dan Fadzadi.(aku berlawak aja,jangan marah ya.)


  • Maruah sebagai orang yang dah berkahwin kena jaga.Hadiah mesti kena ada.
  • Padahal Due tu biskut Tiger je kat dalam kotak hadiah tu."Alip memang memerlukan tenaga tambahan,gua tau la..."kata Due dengan penuh eksyen.
  • Omar dengan Faridah bagi 2 benda tapi bungkus sekali.Omar kasi capati dengan kari takde garam.Faridah bagi kopi takde gula.
  • Fairuz pula bagi hadiah gula dengan garam.Tapi tak bungkus,simpan dalam poket je.


  • Ada pertandingan Keluarga Sedondon sebagai acara tambahan.Malangnya Jeruk and family tewas mengejut. "Itulah Sayang..Tadi kat rumah Abang dah cakap pakai baju pink tapi Sayang degil.Kan dah kalah!.."Jeruk menegur isterinya.



  • "Alhamdullillah..syukur nikmat.."ucap Fadzadi sebaik saja keluarganya diumumkan sebagai pemenang hadiah saguhati tempat ke-18 pertandingan keluarga sedondon.
  • Anak Fadzadi belajar di sekolah Kungfu Islam.(hehe.berlawak lagi)

Monday, May 11, 2009

Boleh beli lagi ke Kacip lu ni Macho?


Siapa yang tak ada senaskah KACIP memang betul gila kodi macam 'cikgu bola berperut gendut'(penulis KACIP yang cakap,bukan gua yang cakap tau 'cikgu bola berperut gendut',ah tapi lu memang kodi pun).Tengok Aizat Koop.Dia tahu mengamalkan gaya hidup yang tidak kodi.

  • KACIP adalah buku tulisan sepenuhnya Firdaus Abdillah Hamzah.Produk keluaran Semsas 96-00.Dulunya beliau seorang kutu berkasut taik lembu,sekarang beliau sudah berjaya menjadi kutu babi.Kira macam King of Kutu la..
  • Aizat Koop bercadang menyaman pihak yang bertanggungjawab menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.Terbantut cita-cita beliau menjadi Ketua Koperasi Nasional yang mana memusnahkan impiannya menyertai Liga Juara-Juara Koperasi Dunia musim hadapan.
  • Selsema Babi dikhabarkan mudah menjangkiti mereka-mereka yang lahir pada Tahun Babi.Lebih-lebih lagi yang berperangai serupa babi.

Tuesday, May 5, 2009

Gempar. TerNOW!

Berita Terkini: Rochang Noor dah bertunang.