Wednesday, June 24, 2009

Abdul Halim dari Kota Bharu ke Beijing ke Somalia dan keliling Dunia...

Abdul Halim Bin Abdul Kadir sebelum bertolak mengelilingi dunia.

Halim akan memulakan tugasnya menyelenggara kapal MISC sebaik sahaja cerita ini ditulis.Dia akan menyertai kapal tersebut mengelilingi dunia sepanjang tempoh 6bulan hingga ke 9bulan.Jadi kepada makwe-makwe bolehlah hantar SMS good luck kepada Halim sekarang juga.Dia nampaknya memang memerlukan sokongan.

"Jangan aku tewas ditangan lanun Somalia sudahlah..."bicara Halim dalam nada yang lemah.

"Harap-harap aku dapat turun di Beijing jumpa makwe yang aku kenal semasa bercuti di Pulau Perhentian itu hari."ceria pula nadanya yang ini.

"Stephen Chow duduk di Beijing ke Hong Kong?"sayup-sayup suara Halim dari tangga bas yang mula bergerak perlahan-lahan..

Saturday, June 20, 2009

Kyairiyatul Aini Punya Kahwin

Gua baru dapat ini gambar setelah dihantar melalui emel oleh Farah untuk tontonan bersama. Tak silap gua di Facebook juga terdapat berkeping-keping gambar perkahwinan Kyairiyatul Aini.

Masuk Facebook jangan lupa letak cadangan di ruang discussion di Group SEMSAS 96-00. Saro mengamuk kang gua tak tau.

Monday, June 15, 2009

Reunion

Sebarang idea, bantahan, mengamuk, hunus parang, kata-kata kesat, ugut Bozo dan sebagainya sila ke ruang perbincangan di group Facebook orait?

Gua tetap dengan idea gua. Buat time hari raya kedua.

Wednesday, June 3, 2009

Bakal Berkahwin tak lama lagi.


Jejaka dressing guru ni ialah Mohd Fairuz Bin Ahmad.Beliau memang pun seorang guru yang mendidik anak bangsa.Akan berkahwin dengan pilihan hatinya,Norzila binti Abdullah pada 7hb Jun 2009,ate..kahwin di Bota,Perak lah ye.Manakala pada 11hb Jun 2009 pula akan ada kenduri makan-makan kenduri dirumah beliau di Lot 2672,Tmn Murni 16250 Wakaf Baru,Kelantan.12 tgh- 6 ptg.Semuo di jepuk hadir.Hok ni mu takyoh risau,Majlis makan-makannya dibuat siang hari.Bermakna peluang untuk mu nampak pengantin lelaki cerah deh..


Ini pula ialah Rusmalina Binti Abdul Jabar.Yang muka berwarna.Maaf.Yang tidak berwarna tu dua-dua dah kahwin.Rusmalina akan berkahwin dengan NorHashimi Bin Hussain pada Sabtu 6 Jun 2009 bersamaan 12 Jamadilakhir 1430 Hijrah di 219 Jalan Semantan 14,Tmn Sri Semantan 28000 Temerloh,Pahang.
Aturcara Majlis:11 pagi- 4 petang(jamuan makan)
:12.30 petang(bersanding)
Maklumat lanjut sila hubungi Hafiz Hasan.