Thursday, October 29, 2009

Akan menamatkan zaman bujang.

"Sebagai orang yang mengutamakan kesihatan,saya mengamalkan minum air Ribena."

Wednesday, August 26, 2009

Al-Mubarak.

"Ya Allah ya tuhanku,ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna"doa Firdaus sempena bulan puasa ini.

Tapi gambar ni banyak keraguan.

1.Siapa yang tangkap?dia sendiri?atau orang lain?Tapi gua yakin gambar ini tangan syaitan yang tolong tangkapkan.

2.Orang biasa berdoa lepas sembahyang,tapi tengok rambut kering je.dahi pun sama.Main sarung je baju melayu lepas tu buat-buat duduk tahiyat akhir.

3.Memang bukan sembahyang fardu pun.Efek cahaya matahari menandakan pukul 11-12 tengahari.Sembahyang sunat barangkali..

4.Kuku di jarinya yang lentik itu ada kesan kuning-kuning fresh lagi.Gulai agaknya.

Thursday, August 6, 2009

COMEL SHIAL!

Wednesday, July 22, 2009

Terbaru.

Kamsani

Kamsani sekarang kerap berada di kawasan Bangsar.Khabar angin gua dengar Kam dengan Pejo berebut kawasan Bangsar.Masing-masing nak jadi Bangsarman.Kamsani sekarang aktif dengan aktiviti riadah.Mengayuh basikal,main tenis,keluar masuk gimnasium,menyelam,panjat gunung dan macam-macam lagi.Otot Kamsani juga lebih ketak dari Pejo sekarang.Kam juga adalah orang kesihatan.


Indra Gunawan

Indra Gunawan ialah lelaki yang nampak perut didalam gambar.Dalam diam-diam,Indra sudah bertunang.Kahwin pun tak lama lagi dah..Oh ya.Dia kerja askar udara di Butterworth.Siapa nak hubungi Indra boleh mintak nombor telefonnya kat Shahrul Adly.(Shahrul Adly berseluar pendek biru dalam gambar)

Wednesday, July 1, 2009

Usahawan Muda Bergaya

Macam setan...

Wednesday, June 24, 2009

Abdul Halim dari Kota Bharu ke Beijing ke Somalia dan keliling Dunia...

Abdul Halim Bin Abdul Kadir sebelum bertolak mengelilingi dunia.

Halim akan memulakan tugasnya menyelenggara kapal MISC sebaik sahaja cerita ini ditulis.Dia akan menyertai kapal tersebut mengelilingi dunia sepanjang tempoh 6bulan hingga ke 9bulan.Jadi kepada makwe-makwe bolehlah hantar SMS good luck kepada Halim sekarang juga.Dia nampaknya memang memerlukan sokongan.

"Jangan aku tewas ditangan lanun Somalia sudahlah..."bicara Halim dalam nada yang lemah.

"Harap-harap aku dapat turun di Beijing jumpa makwe yang aku kenal semasa bercuti di Pulau Perhentian itu hari."ceria pula nadanya yang ini.

"Stephen Chow duduk di Beijing ke Hong Kong?"sayup-sayup suara Halim dari tangga bas yang mula bergerak perlahan-lahan..

Saturday, June 20, 2009

Kyairiyatul Aini Punya Kahwin

Gua baru dapat ini gambar setelah dihantar melalui emel oleh Farah untuk tontonan bersama. Tak silap gua di Facebook juga terdapat berkeping-keping gambar perkahwinan Kyairiyatul Aini.

Masuk Facebook jangan lupa letak cadangan di ruang discussion di Group SEMSAS 96-00. Saro mengamuk kang gua tak tau.

Monday, June 15, 2009

Reunion

Sebarang idea, bantahan, mengamuk, hunus parang, kata-kata kesat, ugut Bozo dan sebagainya sila ke ruang perbincangan di group Facebook orait?

Gua tetap dengan idea gua. Buat time hari raya kedua.

Wednesday, June 3, 2009

Bakal Berkahwin tak lama lagi.


Jejaka dressing guru ni ialah Mohd Fairuz Bin Ahmad.Beliau memang pun seorang guru yang mendidik anak bangsa.Akan berkahwin dengan pilihan hatinya,Norzila binti Abdullah pada 7hb Jun 2009,ate..kahwin di Bota,Perak lah ye.Manakala pada 11hb Jun 2009 pula akan ada kenduri makan-makan kenduri dirumah beliau di Lot 2672,Tmn Murni 16250 Wakaf Baru,Kelantan.12 tgh- 6 ptg.Semuo di jepuk hadir.Hok ni mu takyoh risau,Majlis makan-makannya dibuat siang hari.Bermakna peluang untuk mu nampak pengantin lelaki cerah deh..


Ini pula ialah Rusmalina Binti Abdul Jabar.Yang muka berwarna.Maaf.Yang tidak berwarna tu dua-dua dah kahwin.Rusmalina akan berkahwin dengan NorHashimi Bin Hussain pada Sabtu 6 Jun 2009 bersamaan 12 Jamadilakhir 1430 Hijrah di 219 Jalan Semantan 14,Tmn Sri Semantan 28000 Temerloh,Pahang.
Aturcara Majlis:11 pagi- 4 petang(jamuan makan)
:12.30 petang(bersanding)
Maklumat lanjut sila hubungi Hafiz Hasan.

Monday, May 25, 2009

Aktiviti Hari Ahad

lepas shopping kat Giant, kitorang layan Daytona sepam dua.