Monday, May 18, 2009

The Guru.

Sempena Hari Guru,aku bubuh dua gambar guru.Ini gambar terkini.


Ini Cikgu Afifie.Dulu mengajar pendidikan seni.Pernah juga jadi warden asrama.Dia jarang-jarang garang.Bila dia garang jangan buat pasal.Dia punya penangan rotan dia aku rasa paling lagenda.Best of the best.Itu Cikgu Asmui sama Cikgu Jasmani punya rotan pun celah gigi je.Boleh lagi buat muka senyum lepas kena rotan.Cikgu bola perut gendut lagilah..Sambil kena rotan kau makan keropok lekor pun tak de mende.





Ya.Ini memang gambar Fahqrol Mustaqim aku rembat dari Facebook.Dia sekarang doktor bukan cikgu.Melihat Fahqrol Mustaqim mengembalikan nostalgia bersama guru matapelajaran Sejarah serta warden asrama yang suka benar tumbuk bahu.Bukan sakit mana pun..Dermalah sikit Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Dollah.Yang sudah tu sudahlah..haha.


Nota tambahan:Bozo selaku ketua pelajar mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru Semsas dulu.Tidak lupa juga untuk anda-anda yang dah jadi cikgu mahupun tenaga pengajar sekarang ini.

No comments:

Post a Comment